Iklan Jawatan Kosong Perbadanan Setiausaha Kerajaan (PSK) Pahang

JAWATAN: EKSEKUTIF KANAN (UNIT KORPORAT)
TARAF JAWATAN: KONTRAK
KEKOSONGAN: 1
IKLAN JAWATAN KOSONG PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN (PSK) PAHANG

Syarat lantikan :
Calon bagi lantikan hendaklah memililki kelayakan seperti berikut :
• Warganegara Malaysia.
• Berumur tidak kurang dari 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
• Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Institusi Pengajian Tinggi Tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
• Sekurang-kurangnya tiga (3) tahun berpengalaman kerja dalam perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran / promosi dan analisis pasaran.
• Mempunyai penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

** Deskripsi tugas :**
• Melaksanakan pelbagai fungsi, termasuk menyediakan sokongan pentadbiran peringkat tinggi dalam pelbagai aspek operasi organisasi dan memantau pematuhan kepada dasar dan prosedur syarikat.
• Menyelaras dan mendokumentasikan bahan maklumat bagi program dan aktiviti serta majlis rasmi PSK melalui penerbitan bahan cetakan seperti buletin, laporan tahunan, brosur dan liputan bergambar bagi tujuan hebahan.
• Perancangan dan pelaksanaan strategi pemasaran, analisis pasaran, penyelidikan pelanggan, pengurusan kempen promosi berkenaan operasi PSK di samping melaksanakan tugas korporat semasa iaitu sebagai penyelaras dalam penyampaian dan penyaluran maklumat PSK kepada agensi / jabatan yang berkaitan.
Cara memohon : Permohon hendaklah menghantar resume bergambar dan disertakan sekali salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil SPM dan transkrip dari Institusi Pengajian Tinggi sebelum 23 Februari 2024 (Jumaat) di alamat berikut :

**PERBADANAN SETIAUSAHA KERAJAAN (PSK) PAHANG LOT 27 & 29 JALAN SERI KUANTAN 2 SRI KUANTAN SQUARE 25050 KUANTAN.**
Start My Business